Pages

Friday, November 18, 2011

Tanda Lalu Lintas Cinta...Awas.!!

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. Sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan...Begitu jugalah percintaan kamu.. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOKPerjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPITini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!!

Thursday, November 17, 2011

Kisah Keindahan Tangan Seorang Ibu


Semoga cerita di bawah ini dapat menjadi renungan buat kita semua. Ketika ibuku berkunjung ke rumah, ibu ingin untuk dibawa ke sebuah pasaraya kerana dia mahu membeli baju baru untuk pakaian di kampung.

Terus terang, sebenarnya aku sendiri tidak begitu suka pergi ke tempat-tempat tersebut dan aku bukan jenis orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pasaraya tersebut untuk membeli baju ibu.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita dan ibuku mencuba sehelai demi sehelai pakaian lalu mengembalikannya ke tempat semula. katanya tidak ada yang sesuai.

Seiring waktu yang berlalu, aku mulai letih dan kelihatan jelas kecewa di wajah tua ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibuku mencuba sehelai baju yang sangat cantik.

Kerana tidak lagi sabarnya aku, maka kali ini aku ikut masuk dan berdiri bersama ibuku dalamfitting room, aku melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan bagaimana dengan susah payah dia mencuba untuk mengenakannya.

Ya Allah Ya Robb, ternyata tangan-tangannya sudah mulai tidak mampu kerana sakit tuanya dan sebab itulah ibu gagal memakainya dengan baik, sebab itulah tidak ada yang sesuai menurutnya. Ibu mencari baju yang mudah dia pakai. Perasaan tidak sabarku bertukar menjadi rasa bersalah dan rasa kasihan yang mendalam terhadapnya.

Aku keluar dari bilik itu, tidak dapat menahan sebak dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpaku sedari. Setelah aku mendapatkan ketenangan, aku kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu cantik, dan ibu pun akhirnya membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terkesan dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjang hari itu, fikiranku tetap sahaja teringat semasa berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibuku yang terketar-ketar berusaha mengenakan pakaiannya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih sayang, yang pernah menyuapku, memandikan aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk aku, dan terlebih dari semuanya, selalu menadah tangan berdoa untuk aku.

Sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang sangat berbekas dalam hatiku.

Pada malam harinya, aku pergi ke bilik ibu dan mengambil tangannya, lantas menciumnya hingga membuatnya terkejut, aku memberitahunya bahawa bagi aku kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.

Aku sangat bersyukur bahawa Tuhan telah menyedarkan aku agar dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Aku hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tanganku dan hatiku akan mempunyai keindahannya tersendiri. Dunia ini mempunyai banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tidak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu.

p/s: semakin hari kita semakin lupa akan pengorbanan yg dilakukan oleh ibu bapa kita..sedarkah kita, tanpa mereka kita tidak mungkin akan berada di tempat kita sekarang..kita tidak mampu membalas jasa mereka...sayangilah ibu bapa kita

Monday, November 14, 2011

Lelaki Vs Wanita


1.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


2.Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

3.Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

4.Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

5.Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

6.Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

7.Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

8.Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !

9.Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

10.Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

11.Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

12.Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

13.Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.

14.Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

15.Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

16.Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

17.Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

18.Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


19.Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

20.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

21.Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!


Buat Renungan...

Tuesday, November 8, 2011

‎16 ANTARA KEBAIKAN SUJUD SEMASA SOLAT



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.

Wallahu a’lam.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

ANTARA DUA CINTA


apa yang ada...jarang disyukuri..
apa yang tiada...sering dirisaukan..
nikmat yang dikecap..baru kan terasa..
bila hilang..apa yang diburu..
timbul rasa jemu...bila sudah di dalam genggaman...


dunia ibarat air laut.. diminum hanya menambah haus..
nafsu bagaikan fatamorgana.. di padang pasir..

panas yang membahang disangka air..
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang..
dilihat ada ditangkap hilang..

Tuhan.. leraikanlah dunia..
yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu.. mengumpul dua cinta..
hanya cintaMu ku harap tumbuh.. dibajai bangkai dunia yang kubunuh..


hanya cintaMu ku harap tumbuh.. dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
hanya.. cintaMu... ku harap tumbuh.. dibajai bangkai... dunia yang kubunuh....


Penyanyi: Raihan
Tajuk Lirik Lagu: Antara Dua Cinta

Wednesday, September 21, 2011

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

--------------------------------------------------------------------------------
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi